Hukum Berbekam
Sepertimana yang kita ketahui, bahawa berbekam itu merupakan satu perubatan tradisional yang sudah lama diamalkan oleh sebahagian orang. Sehingga ada yang menjadikannya sebagai mata pencarian dalam menyara hidup seharian.
Persoalan yang timbul, adakah perubatan dengan berbekam itu disyariatkan, bolehkan ia dijadikan sebagai pekerjaan dan apakah kesannya terhadap kesahihan sesuatu ibadat?
Perubatan yang menggunakan kaedah bekam adalah disunatkan dalam Islam malahan ia merupakan di antara sebaik-baik cara perubatan. Sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa buah hadis yang di antaranya sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam yang maksudnya :
"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam".
"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam".
(Hadis riwayat Ahmad)
Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
"Kiranya ada suatu perubatan yang lebih baik bagi kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas".

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
"Kesembuhan itu terdapat pada tiga cara : minum madu, pisau pembekam dan alat pengangus, dan aku melarang umatku membakar dengan besi panas".
"Kesembuhan itu terdapat pada tiga cara : minum madu, pisau pembekam dan alat pengangus, dan aku melarang umatku membakar dengan besi panas".
(Hadis riwayat Bhukari)
Daripada hadis di atas, jelas menyebutkan bahawa berbekam itu salah satu jenis perubatan yang diharuskan dalam Islam. Namun apa yang ingin di sentuh di sini ialah hubungan dan kesannya terhadap hukum taharah, puasa dan berihram, dan hukumnya jika dijadikan ia sebagai satu mata pencarian.
kredit kepada http://www.memori-kedah.com